Penindasan Firaun atas Bani Israel begitu hebat, hingga Allah sendiri menggunakan kalimat,
"..mereka menyeksa kamu dengan seksa yang pedih…Pada yang demikian itu ada dugaan yang besar dari Tuhan"
(Ibrahim: 6)
Penindasan
tidak hanya berupa fizikal dengan menjadikan mereka hamba tetapi juga
berlanjutan terhadap generasi mereka. Firaun dalam sejarah yang masyhur
itu adalah Ramses II, juga memerintahkan untuk membunuh anak laki-laki
Bani Israel dan para perempuannya dipermalukan. Dalam konteks moden,
mempermalukan perempuan bererti dijadikan pelacur atau dijadikan objek
tidak senonoh dalam bentuk tarian separuh bogel atau dijadikan pelayan
dengan pakaian setengah telanjang.
Itu
semua dilakukan oleh Firaun tanpa belas kasihan. Setelah lama menjadi
hamba, kira-kira hampir 400 tahun lamanya, Bani Israel pun akhirnya
mendapatkan seorang penolong yang pernah menjadi anak angkat Firaun
sendiri iaitu Musa. Nama Musa sendiri adalah dari bahasa Kopti tua,
gabungan di antara dua kata, Mu dan Sa. Mu artinya air dan Sa artinya
pohon. Jadi Musa berarti pohon air. Demikian yang penulis nukil dari
tafsir Al Azhar milik ulama panutan penulis, Buya Hamka di juz ke-9.

Horus, salah satu Dewa Mesir. Kini dipakai menjadi simbol negara termasuk Indonesia
Beliau
dinamakan demikian sebab di waktu bayi beliau dihanyutkan oleh ibunya
ke sungai Nil dengan diletakkan di dalam sebuah peti kayu, lalu
dipungut oleh puteri Firaun kemudian dipelihara yang oleh Allah
menjadikan Musa sebagi musuh Firaun. Pendek kata, setelah mengadu
kekuatan antara sihir dan mukjizat Allah di hadapan seluruh rakyat
Mesir, Firaun semakin tergugat akan kehadiran Nabi Musa di Mesir dengan
misinya : Pembebasan Bani israel. Kegusaran Firaun bukan hanya terletak
pada tiada artinya kekuasaanya di mata Nabi Musa akan halnya ia sebagai
Tuhannya bangsa Mesir, tetapi juga akan tiadanya Bani Israel di tanah
Mesir.
Apalah
ertinya seorang raja tanpa hamba yang hina? Tidak ada seorang pun yang
menjadi raja jika tidak ada yang menjadi hamba. Prinsip sederhana ini
merupakan alasan Firaun untuk tidak melepaskan Bani Israel dari tanah
Mesir. Bani Israel dihina tapi juga diperah tenaganya. Bani Israel
ditindas tapi juga berguna atas nama pembangunan. Sebuah kisah klasik
hingga di zaman moden: suatu bangsa ditindas akan hak-haknya tapi
diguna pakai dalam sektor ekonomi atas nama Negara. Kita dapat
melihatnya sekarang maka kaum buruh dengan upah yang murah tapi tidak
diberikan akan hak-haknya. Meskipun demikian, para buruh tersebut
sangat diperah tenaganya untuk menggerakkan roda ekonomi Negara.
Menjadi hamba di Negara sendiri? Boleh jadi demikian.
Kembali
ke nasib Bani Israel. Pembangunan piramid dan bangunan besar lainnya di
Mesir pastilah memerlukan tenaga yang banyak tetapi murah dari jumlah
kewangan negara. Dan itu jelas diperoleh dari tenaga Bani Israel.
Sebuah bangsa yang begitu besar populasinya semenjak dinasti Hyksos.
Maka Allah mengutus Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israel dari
perhambaan. Pembaca yang budiman, pembebasan Nabi Musa ini meliputi dua
hal. Yang pertama pembebasan secara fizikal dari perhambaan. Dan yang
kedua pembebasan secara spiritual dari memperhmbakan hawa nafsu dengan
bertauhid kepada Allah semata. Hanya Allah sajalah yang patut disembah
dan dipuja.

Apis, dewa yang kemudian menjadi model sapi betina Samiri (lihat surat Al Baqarah)
Dengan
petunjuk Allah, Nabi Musa mulai melakukan manuver politik dengan
menggalang kekuatan untuk siap-siap eksodus besar-besaran dari Mesir.
Tetapi langkah Nabi Musa ini pun mulai dikeluhkan oleh Bani Israel
sendiri. Ibarat kata, mereka seperti anjing yang tercepit di pintu
pagar. Tidak ditolong anjing tersebut kesakitan tetapi jika ditolong
pun ia akan menggigit. Nah, Bani Israel megeluh akan perjuangan Nabi
Musa ini dicatat dalam Al Qur’an dalam surat ke-7 ayat 129,
”Mereka (Bani Israel) berkata, ”Telah disakiti kami sebelum engkau datang kepada kami, dan sesudah engkau mendatangi kami. ”
Dengan
keteguhannya dan dengan optimisme berlandaskan iman, Nabi musa
menyakinkan Bani Israel bahawa dia akan membimbing mereka ke tanah yang
dijanjikan, Kana’an, Palestina sekarang ini. Tetapi, pembaca yang
budiman, ada hal yang perlu ditekankan akan hal ini. Tanah atau bumi
yang dijanjikan oleh Allah melalui Nabinya hanyalah untuk hamba-hamba
Allah siapa saja yang Dia inginkan. Dengan kata lain, hanya bangsa yang
beriman kepada Allahlah maka bumi atau tanah di manapun berada untuk
dihuni, digarap dan dijadikan tempat untuk beribadah kepada Allah.
Dengan demikian tanah Palestina adalah tanah yang dijanjikan untuk
semua bangsa yang beriman (bertauhid) kepada Allah.
Bukan
hanya untuk Bani Israel semata! Untuk mempertegas hal ini silakan buka
surat ke-7 ayat ke-128 dan surat ke-21 ayat ke-41. Kembali ke kisah
Nabi Musa, Nabi Musa membawa misi untuk membebaskan Bani Israel dari
penindasan Firaun juga membawa misi lain iaitu dakwah tauhid. Sudah
bukan rahsia lagi kalau bangsa Mesir begitu percaya dengan dewa-dewa.
Di samping percaya dengan dewa-dewa, mereka juga percaya dengan
kekuatan sihir yang menurut mereka adalah bentuk pertolongan dari para
dewa. Berkaitan dengan ini, maka Firaun meminta para ahli sihirnya
untuk bertarung dengan kekuatan yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka
terjadilah pertarungan terbuka antara Nabi Musa dan para ahli sihir
tersebut.

ilustrasi Nabi Musa dan ahli sihir di hadapan Firaun
Singkat
kata, para ahli sihir tersebut kalah. Maka kalahlah pula Firaun atas
kekuatannya yang diwakilkan kepada para ahli sihirnya. Perlu pembaca
ketahui bahawa ahli sihir di zaman Firaun memiliki kedudukan lebih
dekat daripada para jeneral perang atau pegawai yang lainnya. Ini
diperkuat oleh Al Qur’an dalam surat ke-7 ayat ke-110 ketika Firaun
meminta perintah kepada ahli sihir atas kekuatan yang dibawa Nabi Musa
berupa tongkat yang menjadi ular.
Luar
biasa! Firaun meminta perintah dari ahli sihir, bukan dirinya yang
memberi perintah. Dapat Anda bayangkan betapa berkuasanya para ahli
sihir tersebut di mata Firaun! Tapi apa yang terjadi ketika mereka
kalah dihadapan Nabi Musa? Ibarat pepatah, sudah jatuh tertimpa tangga
pula. Itulah yang terjadi pada Firaun. Ahli sihir yang sudah kalah tadi
juga membelot secara ideologi. Tepat dihadapan Firaun!

Penghijrahan terbesar dalam sejarah pun terjadi. Bani Israel di bawah komander Nabi Musa mulai keluar dari tanah Mesir.Sebuah penghijrahan Bani Israel yang sangat bersejarah dan berbahaya ! Bersejarah, kerana inilah langkah awal mereka memulakan sebuah kehidupan baru hingga masa kini. Bersejarah, kerana inilah sejarah mereka menjadi sebuah bangsa yang benar-benar memiliki sebuah tanah sendiri, bukan tanah bangsa lain. Dan tanah tersebut adalah Kana’an, Palestina. Bersejarah, kerana inilah mulanya mereka menjadi sebuah bangsa yang amat kuat sifat pembangkangnya, penakut, sombong, tamak terhadap dunia, pembunuh, tukang melaga-lagakan dua belah pihak dan sebagainya yang dapat kita rasakan hingga sekarang ini.
Bersejarah
kerana inilah awal mereka akan terpecah menjadi dua kekuatan besar di
masa sekarang ini selain agama Islam, Yahudi dan Nasrani. Bersejarah
kerana mereka menjadi bangsa yang merdeka. Bukan lagi menjadi hamba
yang hina. Berbahaya, kerana mereka pasti diburu oleh tentara Firaun
untuk dibunuh disebabkan mereka keluar dari Mesir. Berbahaya, kerana
mereka baru pertama kali menggembara di gurun padang pasir tanpa
pengalaman sama sekali hidup di dalam dunia padang pasir. Berbahaya,
kerana mereka akan menghadapi semuanya, tanah yang dijanjikan, hidup
bebas, ideologi tauhid dengan taruhan nyawa.
Tetapi
Bani Israel tidak punya pilihan lain. Penghijrahan atau tidak sama
sekali! Ingin membuat sejarah baru atau terkubur oleh sejarah itu
sendiri di tanah Mesir. Nabi Musa pun mula mengantarkan mereka menuju
tanah baru. Dan itu haruslah dimulai dengan menyeberang laut merah.
Ketika sampai di hadapan laut merah ini pun ada di antara mereka mulai
menggerutu. Di depan laut terbentang luas sementara mereka tidak punya
kapal atau perahu untuk menyeberang. Di belakang tentara Firaun bersiap
untuk memenggal leher mereka.
Kembali
mereka menyalahkan Nabi Musa atas situasi yang menimpa mereka. Dan
kembali, sejarah besar terjadi. Dan ini pun hanya sekali dalam hidup.
Bila penghijrahan besar-besaran ini hanya terjadi sekali di dalam
sejarah manusia, maka laut yang terbelah terjadi hanya sekali dalam
sejarah. Memang kehidupan Bani Isarel penuh dengan sejarah besar.
Penghijrahan, laut terbelah adalah sebahagian dari sejarah besar
mereka. Dengan terbelahnya laut Merah atas pertolongan Allah dengan
melalui ketukan tongkat musa, maka selamatlah Bani Israel dari kejaran
Firaun.
Nasib Firaun sendiri? Mati secara hinanya di lautan yang ia akui di bawah kekuasaannya bersama seluruh tenteranya ketika mencuba melalui jalan yang sama ditempuh oleh Bani Israel. Dan mayatnya ini tetap diselamatkan oleh Allah sebagai bukti kekuasaan Allah atas manusia paling sombong yang pernah lahir di dunia.
Menurut sejarah, hanya mayat Firaun Ramses II ini sajalah yang di paru-parunya terdapat bekas rendaman air laut. Adapun mumia yang lain tidak ditemui akan hal ini. Ini yang membuat para ahli sejarah Mesir Kuno menyakini jika Ramses II adalah Firaun yang mengejar Nabi Musa.
Terlepas dari itu semua, sejarah kehidupan Bani Israel memasuki babak baru.
Dan artikel ini akan mengimbas bagaimana watak asli mereka hingga mampu merubah wajah dunia ini menjadi baik dan buruk.
Itu semua berawal dari penhijrahan mereka.
No comments:
Post a Comment